Ciri-ciri yang diramalkan Tennessin

Kestabilan nuklear dan isotop-isotop

Rencana utama: Isotop ununseptium
Lihat juga: Pulau kestabilan
Menurut para penemunya, sintesis ununseptium menjadi bukti nyata kewujudan "pulau kestabilan".[19]

Kestabilan nukleus-nukleus menurun dengan mendadak semakin meningkat nombor atom selepas plutonium, unsur asal yang paling berat, oleh itu semua isotop dengan nombor atom lebih daripada 101 mereput secara radioaktif dengan separuh hayat kurang sehari, dengan pengecualian dubnium-268. Tidak ada unsur dengan nombor atom lebih daripada 82 (selepas plumbum) mempunyai isotop yang stabil.[20] Walau bagaimanapun, oleh sebab-sebab tertentu yang masih belum diketahui, terdapat sedikit peningkatan kestabilan nuklear di sekitar nombor atom 110 - 114, yang membawa kepada kemunculan konsep yang kini dikenali dalam fizik nuklear sebagai "pulau kestabilan". Konsep yang dicadangkan oleh profesor Universiti California, Glenn Seaborg ini menjelaskan mengapa unsur-unsur superberat bertahan lebih lama dari yang diramalkan.[21] Ununseptium ialah unsur kedua terberat yang pernah dihasilkan setakat ini dan adalah radioaktif dengan separuh hayat yang nampaknya kurang daripada satu saat. Namun, ia masih lagi lebih panjang daripada nilai yang diramalkan dalam laporan penemuan.[9] Kumpulan Dubna percaya bahawa sintesis unsur ini ialah bukti eksperimen langsung bagi kewujudan pulau itu.[19]

Separuh hayat diramalkan bagi enam puluh isotop ununseptium dari 278Uus hingga 337Uus dengan mengambil kira pereputan alfa, pereputan kelompok dan pembelahan sejuk.[22]

Pengiraan menggunakan model penerowongan kuantum meramalkan kewujudan beberapa isotop ununseptium dengan separuh hayat reputan alfa setinggi 40 milisaat, berkemuncak pada 296Uus (kajian berakhir pada 303Uus).[23] Kajian model titisan cecair bagi isotop-isotop unsur ini menunjukkan hasil yang sama; penting untuk mengetahui bahawa pereputan beta tidak diambil kira. Bagaimanapun, trend kestabilan meningkat umum dengan mengambil kira mod pereputan utama bagi isotop-isotop lebih berat daripada 301Uus telah ditunjukkan: 309Uus dan isotop-isotop yang lebih berat diramalkan akan menjadi lebih stabil daripada dua yang telah disintesis; 326 mungkin mempunyai separuh hayat separa lebih 300 tahun, dan isotop terberat yang mempunyai ramalan, 337Uus, sepatutnya mempunyai separuh hayat separa kira-kira 1016 tahun.[22]